awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sempat ke Busan, 'kantoi' sorok syabu dalam tapak kasut

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2019
13:05 MYT
Tak sempat ke Busan, 'kantoi' sorok syabu dalam tapak kasut
Cubaan seludup dadah dipatahkan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA ketika pemantauan di kawasan mesin pengimbas. - Sinar Harian
Taktik dua pemuda menyembunyikan dadah di tapak kasut untuk diseludup keluar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini gagal mengaburi pihak berkuasa selepas dikesan polis Sabtu lalu.
Cubaan seludup dadah dipatahkan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA ketika pemantauan di kawasan mesin pengimbas.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, pihaknya terlebih dahulu mengesan dua lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 1 pagi.
"Dadah disyaki jenis syabu ditemui di dalam kedua-dua tapak kasut selepas pemeriksaan dilakukan terhadap suspek pertama berusia 38 tahun.
"Pemeriksaan terhadap suspek kedua berusia 27 tahun itu tidak menemui barang salah, tetapi kita turut menahannya bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit merancang menaiki pesawat ke Busan, Korea Selatan dan tidak menolak kemungkinan suspek diupah ahli sindiket dengan bayaran tertentu untuk menyeludup dadah tersebut menggunakan modus operandi baharu itu.
"Dadah yang ditimbang beserta dengan kasut ini dianggarkan seberat 1.05 kilogram. Kita percaya nilai syabu itu mencecah RM250,000 bagi sekilogram di pasaran sana (Busan).
"Siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#KLIA
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Kuala Lumpur
#pesawat
#sindiket
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan