awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TalentCorp bakal hasilkan laporan impak AI, pendigitalan terhadap tenaga kerja

Bernama
Bernama
08/03/2024
07:45 MYT
TalentCorp bakal hasilkan laporan impak AI, pendigitalan terhadap tenaga kerja
Sim berkata ahli majlis FSTC yang terdiri dalam kalangan pemimpin industri akan memainkan peranan sebagai badan penasihat dalam kajian tersebut. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) akan menghasilkan laporan mengenai impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau ke atas tenaga dan landskap kerja Malaysia.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata kajian itu akan menjadi bahan rujukan bukan sahaja kepada penggubal dasar malah industri khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam penyediaan tenaga kerja.
"Kajian itu akan dijalankan dalam dua fasa dengan fasa pertama dijangka siap menjelang September 2024," kata Sim dalam kenyataan oleh TalentCorp.
Sim berkata ahli majlis FSTC yang terdiri dalam kalangan pemimpin industri akan memainkan peranan sebagai badan penasihat dalam kajian tersebut.
Sementara itu Sim menekankan kepentingan intelektual serta kebijaksanaan untuk TalentCorp, yang diberi mandat sebagai badan pemikir strategik KESUMA, merancang strategi bagi pembangunan dasar, advokasi dan perancangan masa hadapan kementerian itu.
Beliau berkata TalentCorp akan memain peranan itu menerusi pelbagai program yang dikhususkan untuk bakat tempatan dan global selain bekerjasama dengan agensi terbabit, industri dan akademi.
Ditubuhkan pada 2011, TalentCorp ditugaskan untuk memacu strategi bakat Malaysia dengan tujuan untuk memupuk, menarik dan mengekalkan tenaga pakar yang tepat dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TalentCorp
#Steven Sim
#impak kecerdasan buatan
#AI
#tenaga dan landskap kerja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan