awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman Sri Muda terima rumah pam baharu, kurangkan risiko banjir besar - Exco

Bernama
Bernama
05/08/2024
21:00 MYT
Taman Sri Muda terima rumah pam baharu, kurangkan risiko banjir besar - Exco
Mohamad Sabu (kanan) dan Izham (kiri) melihat rumah pam selepas majlis perasmian Rumah Pam berkenaan pada Isnin. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Projek Rumah Pam Taman Sri Muda telah siap sepenuhnya dengan penambahan tiga unit pam skru, yang dijangka mampu mengurangkan risiko banjir besar di kawasan berkenaan.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir Izham Hashim berkata infrastruktur bernilai RM7.1 juta yang mula dibina pada 2021 itu dapat meningkatkan penyaliran air lima kali ganda lebih pantas berbanding kapasiti sebelumnya.
"Sri Muda ini kawasan yang rendah dan menerima air yang banyak (sekiranya hujan lebat) dan ini adalah salah satu daripada projek mitigasi banjir yang kita laksanakan di peringkat negeri yang telah siap sepenuhnya.
"Kelebihan pam skru ini ialah kapasitinya yang lebih laju untuk mengepam, dan ia tidak akan tersangkut dengan sampah sarap berbanding pam yang konvensional, dan ia sangat sesuai untuk beroperasi dalam masa yang panjang," katanya selepas merasmikan Rumah Pam berkenaan di sini pada Isnin.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini merupakan antara lokasi yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda daerah ini pada Disember 2021 lepas.
Sementara itu Izham berkata kerajaan negeri juga telah membuat permohonan kepada pentadbiran persekutuan bagi dua Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang mendesak iaitu RTB Langat 2 dan RTB Sungai Buloh Fasa 2.
Beliau berkata kedua-dua projek berkenaan melibatkan kos perbelanjaan sehingga RM1.2 billion dengan jangka masa lima tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah pam
#elak banjir
#banjir selangor
#taman sri muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan