awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pakistan perlu lebih tegas dalam rundingan kedua Iran-AS
Iran pertimbang kenakan caj laluan di Selat Hormuz - Duta
Sepanyol dakwa Israel terap 'strategi Gaza' di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangkapan akan dibuat berhubung siasatan pilihan raya 2020 AS - Ketua FBI

Bernama
Bernama
20/04/2026
10:58 MYT
Tangkapan akan dibuat berhubung siasatan pilihan raya 2020 AS - Ketua FBI
Pengarah FBI Kash Patel berkata bukti yang dikumpulkan menyokong dakwaan Trump mengenai manipulasi pilihan raya. - Reuters

Pengarah FBI Kash Patel mengumumkan bahawa agensinya bersama Jabatan Kehakiman mengumpulkan bukti berkaitan pelanggaran dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020, ketika Donald Trump mengakui kekalahan kepada Joe Biden dan berjanji yang penangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Saya boleh umumkan dalam rancangan anda yang kami sudah mempunyai semua maklumat yang diperlukan. Kami sedang bekerjasama dengan pihak pendakwa di Jabatan Kehakiman dan Peguam Negara mereka, Todd Blanche dan kami akan membuat penangkapan dan ia akan berlaku. Saya jamin, ia akan berlaku tidak lama lagi,” kata Patel dalam temu bual dengan Fox Business.
Patel berkata bukti yang dikumpulkan menyokong dakwaan Trump mengenai manipulasi pilihan raya.
“Saya tidak akan membiarkan perkara ini berlalu kerana mereka bukan sahaja menyerang institusi Presiden AS dan Presiden Trump secara peribadi, malah mereka cuba menggagalkan pilihan raya dan memanipulasi keseluruhan sistem,” kata Pengarah FBI itu.
Trump berulang kali enggan mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya 2020, dengan mendakwa berlaku penipuan serta terus mempersoalkan integriti pilihan raya itu.
Bagaimanapun, pada 2024, beliau mengakui dalam temu bual bersama pengaudio siar Lex Fridman yang beliau tewas dengan perbezaan undi yang kecil pada 2020.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#AS
#FBI
#Kash Patel
#bukti
#pilihan raya presiden 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan