awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TCL bakal kuasai perniagaan TV Sony mulai 2027 melalui perjanjian bernilai AS$1 bilion

Bernama
Bernama
24/03/2026
04:09 MYT
TCL bakal kuasai perniagaan TV Sony mulai 2027 melalui perjanjian bernilai AS$1 bilion
Televisyen jenama Sony dan Bravia selepas ini akan dibangunkan menggunakan teknologi paparan TCL, manakala Sony menyumbang kepakaran pemprosesan imej dan teknologi audiovisual premium. -Foto Amanz
Gergasi teknologi Jepun, Sony, dilapor hampir memuktamadkan perjanjian menjual pegangan majoriti dalam perniagaan hiburan rumahnya kepada syarikat elektronik China, TCL, dalam urus niaga yang dianggarkan bernilai AS$1 bilion (sekitar RM3.95 bilion).
Menurut laporan Bloomberg, rundingan di antara kedua-dua syarikat kini berada di peringkat lanjutan dengan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada penghujung bulan ini.
Langkah ini menyusuli pengumuman pembentukan syarikat usaha sama antara Sony dan TCL pada Januari lalu, yang menyaksikan TCL bakal memegang 51 peratus saham manakala baki 49 peratus lagi kekal milik Sony.
Menerusi penstrukturan semula ini, Sony tidak lagi akan mengeluarkan televisyen secara dalaman.
Televisyen jenama Sony dan Bravia selepas ini akan dibangunkan menggunakan teknologi paparan TCL, manakala Sony menyumbang kepakaran pemprosesan imej dan teknologi audiovisual premium.
Syarikat usaha sama itu dijadualkan memulakan operasi pada April 2027.
Keputusan ini menandakan berakhirnya era pengeluaran kendiri kelengkapan audio visual Sony yang bermula sejak pelancaran radio pertama mereka, TR-55, pada tahun 1955.
Perubahan ini selari dengan strategi Sony yang kini giat mengurangkan portfolio perkakasan serta memberi tumpuan kepada pengembangan aset intelektual seperti anime, filem aksi nyata, muzik dan siaran sukan, selain meningkatkan penggunaan rantaian bekalan OEM bagi peranti Xperia.
Topic Berkaitan
#Sony
#TCL
#Bravia
#televisyen
#usaha sama
#teknologi paparan
#Japan tech
#China electronics
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan