awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknologi pun ada kekurangannya

Astro Publication
Astro Publication
09/02/2015
10:17 MYT
Teknologi pun ada kekurangannya
Mengikut jabatan Polis Metropolitan London, lebih daripada 14,000 kereta dicuri di kota London pada tahun 2014, ataupun lebih kurang 17 kecurian setiap hari. Kes-kes ini bukan melalui cara konvensional, tetapi melibatkan penggodam yang menggunakan slot OBD (on-board diagnostic) yang selalunya terletak di bawah stereng kereta. Capaian ke OBD ini, apabila disambung kepada perisian yang boleh dibeli melalui internet, membolehkan pelbagai maklumat kereta dilihat/diolah/ditiru.
Seorang juruteknik di bengkel, sebagai contoh boleh membuat analisa mengenai peralatan kereta yang mungkin menghampiri, atau sudahpun, kerosakan. Namun, ia juga membolehkan seorang penjenayah untuk membuat salinan kunci ataupun kod yang membolehkan kereta dihidupkan. Ini lebih mungkin dengan pelbagai kenderaan sekarang yang dilengkapi ciri ‘push-start’, di mana enjin dapat dihidupkan tanpa menggunakan kunci.
Antara cara yang digunakan untuk memasuki kereta adalah memecahkan cermin, ataupun dengan alat yang dapat menggangu isyarat daripada kunci kawalan jauh. Apabila pengguna menggunakan kaedah manual untuk mengunci, dapatlah penjenayah memasuki kenderaan mangsa dengan lebih mudah. (Kaedah ini sudah lama digunakan sindiket di Malaysia berdasarkan laporan akhbar ini) Proses untuk memecah masuk kereta, mencapai slot OBD dan mendapatkan kunci pendua/menghidupkan enjin kereta hanya boleh mengambil masa hanya beberapa saat ataupun tidak lebih 5 minit.
Tips untuk menyukarkan kereta anda daripada dicuri:
  • Seboleh mungkin, letakkan kereta anda di kawasan terbuka yang terang dan dilalui orang awam.
  • Sentiasa pastikan semua tingkap – termasuk sunroof dan boot – terkunci dengan kemas, walaupun anda meninggalkan kereta anda sebentar sahaja.
  • Pasangkan alat ‘immobiliser’.
  • Gunakan kunci tambahan untuk stereng/gear.
  • Pasangkan pengesan GPS.
  • Pastikan peralatan tambahan seperti pengesan GPS ataupun ‘immobliser’ mendapat pengesahan daripada ‘Thatcham’. ‘Thatcham Research’ adalah pusat penyelidikan bagi industri insurans bagi kenderaan.
Kami tidak pasti sama ada pengunci slot OBD seperti ini ada dijual di Malaysia, tetapi jika tidak, ia pasti boleh diimport.
Topic Berkaitan
# keselamatan
# OBD
#Thatcham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan