awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh reman suspek bakar kereta Mufti Perlis disambung

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2019
07:44 MYT
Tempoh reman suspek bakar kereta Mufti Perlis disambung
Keadaan kereta Dr Mohd Asri yang didakwa dibakar oleh Mohd Azimar Abdul Razak.
Tempoh reman suspek terakhir yang disyaki terlibat dalam kes membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Mac disambung sehingga lusa (Khamis), selepas tempoh reman empat hari berakhir hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya akan menggunakan tempoh yang ada bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum suspek dibawa semula ke mahkamah untuk dituduh.
Ketika dihubungi, Wari berkata, setakat ini suspek mengaku bertanggungjawab bersama seorang lagi suspek yang dituduh sebelum ini dalam kes bakar kereta berkenaan.
Suspek yang masih lagi melengkapkan proses siasatan, akan terus berdepan proses pertuduhan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan sejurus tamat tempoh reman.
Perintah penyambungan penahanan reman itu, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah pagi tadi.
Sebelum ini, seorang peniaga pasar malam, Mohd Azimar Abdul Razak, 36 tahun, bersama seorang suspek yang masih bebas, didakwa membakar kereta rasmi Mohd Asri.
Namun, Mohd Azimar yang didakwa pada 24 Mei lalu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan. BACA: Kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai dibakar awal pagi Jumaat
Topic Berkaitan
#bakar kereta mufti perlis
#Dr Maza
#jenayah
#mahkamah
#Mohd Azimar Abdul Razak
#penahanan reman
#polis
#reman
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan