awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima suapan kurangkan kompaun, penjawat awam didenda RM5,000

Bernama
Bernama
14/04/2026
04:14 MYT
Terima suapan kurangkan kompaun, penjawat awam didenda RM5,000
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Nazmi Khalid, 41, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. - Gambar hiasan
Penolong pegawai kesihatan persekitaran didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan tahun lepas.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Nazmi Khalid, 41, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang bertugas di Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama, menerima bagi dirinya suatu barang berharga sebagai balasan berupa wang RM600 daripada seorang wanita berusia 45 tahun melalui akaun simpanan milik tertuduh.
Wang itu berkaitan dengan tugas rasmi apabila Mohamad Nazmi memaklumkan kepada wanita berkenaan bahawa tertuduh boleh membantu mengurangkan bayaran saman kompaun terhadap dua notis kesalahan, berhubung kegagalan memastikan premis perniagaan berada dalam keadaan bersih serta kesalahan pekerja berkuku panjang mengikut Peraturan 11(1)(a) dan 33(1)(a) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Tokong Datok, Pekan Gerik dalam daerah Gerik pada 3.15 petang 6 Julai 2025 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sharul Azuan Ghazali memohon hukuman setimpal sebagai peringatan kepada tertuduh supaya lebih bertanggungjawab dan berintegriti dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.
Mohamad Nazmi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan itu merupakan kesalahan pertamanya sepanjang 16 tahun perkhidmatan selain mempunyai tanggungan tiga anak yang masih bersekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#kes rasuah
#Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
#hukuman denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan