awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru besar ditahan bantu siasatan pukul murid tahun satu sehingga cedera
Bazar Jalan TAR jadi tumpuan orang ramai menjelang Syawal
Vietnam sedia lancar protes jika AFC 'menangkan' Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] MOM umum senarai CDM bagi lima temasya

Astro AWANI
Astro AWANI
14/03/2026
08:33 MYT
[TERKINI] MOM umum senarai CDM bagi lima temasya
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu sebaran media sebentar tadi mengumumkan senarai Chef-de-Mission bagi lima temasya sukan sepanjang tahun ini.
Ia menyaksikan Presiden Persatuan Lawn Bowl Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz, akan bertindak selaku ketua kontinjen bagi Sukan Komanwel di Glasgow pada Julai depan.
Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan, pula akan mengetuai kontinjen negara ke Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September depan.
Tumpuan turut terarah kepada penganjuran Sukan SEA Malaysia pada September depan di mana dua Naib Presiden MOM, Azizul Annuar Adenan dan Datuk Iruan Zulkefli, akan bergandingan sebagai CDM.
Terdahulu, bagi temasya Sukan Pantai di Sanya bulan depan, Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, dipilih sebagai ketua kontinjen manakala bekas jaguh wushu negara, Wong Weng Son, akan mengetuai atlet remaja negara sebagai CDM Sukan Olimpik Remaja di Dakar, Senegal pada Oktober depan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Majlis Olimpik Malaysia
#MOM
#Chef-de-mission
#temasya sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan