awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amira Aisya jadi Presiden baharu MUDA, tekad bela nasib rakyat
Gempa bumi lemah berlaku di perairan Batu Pahat
Anand Raj dipilih presiden baharu Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam sedia lancar protes jika AFC 'menangkan' Malaysia

Stadium Astro
Stadium Astro
14/03/2026
09:52 MYT
Vietnam sedia lancar protes jika AFC 'menangkan' Malaysia
Berdasarkan peraturan sedia ada, sekiranya Malaysia didapati menggunakan pemain yang tidak layak, pasukan itu boleh dianggap kalah 0-3 dalam dua perlawanan menentang Vietnam dan Nepal.
LAPORAN media Vietnam memaklumkan badan induk bola sepak itu sedia mengemukakan protes terhadap Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika keputusan berkenaan tujuh pemain Harimau Malaya kelihatan berat sebelah.
Persoalan timbul tatkala peminat menantikan keputusan hukuman oleh AFC menjelang perlawanan terakhir Kumpulan F Kelayakan Piala Asia bertemu Malaysia hujung bulan ini.
Penolakan mata dan kemenangan ditarik menjadi antara buah mulut setakat ini.
Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) menyatakan mereka akan menghantar bantahan rasmi kepada FIFA dan AFC sekiranya AFC mengeluarkan keputusan tidak munasabah.
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) baru-baru ini menolak rayuan tujuh bintang terbabit termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan mengekalkan hukuman RM1.8 juta terhadap FAM, dan Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Hector Hevel, Gabriel Palmero serta Facundo Garces digantung 12 bulan daripada permainan rasmi dengan sedikit kelonggaran dapat berlatih bersama pasukan.
Sementara itu, VFF komited memberi tumpuan kepada persiapan teknikal bagi perlawanan menentang Malaysia. Persekutuan itu menegaskan bahawa pasukan tetap meneruskan perancangan seperti biasa dan tidak membiarkan isu tersebut menjejaskan persiapan mereka.
Seorang pegawai kanan VFF turut menyatakan bahawa keputusan AFC berpotensi memberi kesan besar kepada kedudukan Kumpulan F. Jika Malaysia dikenakan pemotongan mata atau tidak dibenarkan menggunakan pemain naturalisasi yang terlibat akibat hukuman disiplin, perancangan taktikal serta pemilihan pemain bagi pasukan-pasukan dalam kumpulan tersebut mungkin perlu diubah.
Berdasarkan peraturan sedia ada, sekiranya Malaysia didapati menggunakan pemain yang tidak layak, pasukan itu boleh dianggap kalah 0-3 dalam dua perlawanan menentang Vietnam dan Nepal. Jika itu berlaku, Malaysia berisiko dipotong enam mata dalam Kumpulan F, malah berdepan kemungkinan dilarang menyertai Piala Asia 2031.
Stadium Astro
Topic Berkaitan
#isu pemain warisan
#harimau Malaya
#Vietnam
#Piala Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan