awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Pembancuh minuman nyaris maut, terperangkap lubang benam sedalam 3 meter

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/11/2025
12:20 MYT
[TERKINI] Pembancuh minuman nyaris maut, terperangkap lubang benam sedalam 3 meter
Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.16 petang, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya tiba di lokasi 32 minit kemudian. - Gambar JBPM Selangor
PETALING JAYA : Seorang pembancuh minuman nyaris maut selepas terperangkap dalam mendapan tanah di hadapan kedainya, berhampiran Apartment Sri Meranti, Ara Damansara, di sini, pada Khamis.
Difahamkan, kejadian mendapan tanah itu dipercayai susulan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.16 petang, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya tiba di lokasi 32 minit kemudian.
"Setibanya di tempat kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki yang terperangkap dalam mendapan tanah sebelum berjaya dikeluarkan pada jam 6.54 petang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Menurut Ahmad Mukhlis, mangsa yang berusia 50-an dilaporkan selamat, namun mengalami kecederaan di bahagian pinggang.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#mendapan tanah
#terperangkap
#mangsa selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan