awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Pengisytiharan bencana kemarau di Tawau ditarik balik

Astro AWANI
Astro AWANI
25/03/2026
06:49 MYT
[TERKINI] Pengisytiharan bencana kemarau di Tawau ditarik balik
Keputusan itu dibuat berdasarkan semakan dan pemantauan terkini oleh pihak berkuasa. - Gambar hiasan
Pengisytiharan bencana kemarau di daerah Tawau yang diumumkan pagi tadi, ditarik balik selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah mengesahkan keadaan semasa tidak lagi memenuhi kriteria bencana seperti yang ditakrifkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau, Datuk Joseph Pang, yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Tawau, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan semakan dan pemantauan terkini oleh pihak berkuasa.
"Bekalan air serta keadaan cuaca di kawasan Tawau masih dalam keadaan terkawal dan stabil. Namun begitu kekurangan air di bahagian Pulau Sebatik sahaja semakin membimbangkan.
"Pihak berkuasa akan terus menjalankan perbincangan semula dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan kekal terkawal.
"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat lama yang tidak lagi sahih. Sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini. Terus mengamalkan penggunaan air secara berhemah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pagi tadi, JPBD Tawau mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana kemarau, melibatkan kawasan Pulau Sebatik.
Topic Berkaitan
#kemarau tawau
#musim panas
#gelombang haba
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan