awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Ribut Tropika Senyar: Angin kencang 50 kilometer sejam, hujan lebat luar biasa

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2025
11:34 MYT
[TERKINI] Ribut Tropika Senyar: Angin kencang 50 kilometer sejam, hujan lebat luar biasa
MetMalaysia memantau rapat pergerakan Ribut Tropika Senyar yang dijangka melanda Malaysia mulai 27 November hingga 29 November 2025. - Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Senyar dikesan berada di kawasan tengah Selat Melaka dan bergerak ke arah Semenanjung Malaysia pada kelajuan sekitar sembilan kilometer sejam pada petang Khamis.

Ringkasan AI
  • Ribut Tropika Senyar dikesan bergerak ke arah Semenanjung Malaysia pada kelajuan sembilan kilometer sejam, boleh membawa hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.
  • Laut bergelora di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia sehingga 29 November 2025 akibat ribut tersebut, dengan beberapa amaran cuaca termasuk Amaran Hujan Berterusan serta Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi beberapa negeri.
  • MetMalaysia menasihatkan orang ramai bersiap sedia dan mengikuti nasihat, ramalan, serta amaran cuaca rasmi di platform mereka, memandangkan fenomena cuaca serupa pernah berlaku sebelum ini di Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ribut itu yang dijangka membawa hujan lebat bagaimanapun boleh mengakibatkan angin kencang dengan kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.
Ia turut menyebabkan laut bergelora di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia sehingga 29 November 2025.
MetMalaysia berkata, sehingga kini beberapa amaran cuaca telah dikemas kini, termasuk Amaran Ribut Tropika yang berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 29 November 2025.
"Antaranya Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," ujar MetMalaysia dalam satu kenyataan pada petang Khamis.
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat, selain sentiasa mengikuti nasihat, ramalan dan amaran cuaca rasmi di platform MetMalaysia.
Tambah agensi itu, fenomena cuaca seperti ini pernah dicatatkan apabila ribut dari Vietnam memasuki Sabah pada Disember 1996 (Greg) dan Sarawak pada Disember 2001 (Vamei) sebelum menyeberang ke Semenanjung.
Topic Berkaitan
#ribut tropika Senyar
#MetMalaysia
#amaran cuaca buruk
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan