awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Shamsul Iskandar direman enam hari, mahkamah ambil kira faktor kesihatan

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
29/11/2025
04:45 MYT
[TERKINI] Shamsul Iskandar direman enam hari, mahkamah ambil kira faktor kesihatan
Shamsul Iskandar ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fatin Muneerah Sofian selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret yang ditetapkan sehingga 4 Disember ini.
Menurut peguam yang mewakilinya, Yusmadi Yusoff, SPRM pada awalnya memohon reman selama tujuh hari namun mahkamah hanya membenarkan enam hari selepas mendengar hujahan pihak pembelaan.
“Pihak SPRM minta tujuh hari, namun selepas hujahan peguam, mahkamah mempertimbangkan banyak perkara termasuk faktor kesihatan Datuk Shamsul. Beliau telah diberi enam hari tahanan reman.
“Untuk rekod, Datuk (Shamsul) memang menjalani rawatan sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Laporan rawatan daripada IJN kita akan bekalkan, semua kita buka,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berharap siasatan dapat diselesaikan segera seperti yang dinyatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
“Kita berharap siasatan ini dapat disiapkan dengan cepat seperti yang disebut Tan Sri Azam Baki. Saya mahu keadilan diberikan secara adil kepada anak guam saya.
“Dalam hal ini, saya ucap terima kasih setakat ini kepada segala kerjasama yang diberikan oleh SPRM terhadap anak guam saya,” ujarnya lagi.
Shamsul Iskandar dan Albert Tei dibawa keluar dari mahkamah oleh pegawai SPRM pada pukul 12 tengah hari tadi.
Topic Berkaitan
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri
#dakwaan rasuah
#Albert Tei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan