awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Azam Baki tolak desakan bercuti, beri amaran saman Bloomberg

Astro AWANI
Astro AWANI
15/02/2026
05:12 MYT
[TERKINI] Azam Baki tolak desakan bercuti, beri amaran saman Bloomberg
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika sidang media pada Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI di Balai Raya, Kampung Sungai Buah, Dengkil, hari ini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menolak desakan beberapa Ahli Parlimen supaya beliau bercuti susulan siasatan yang sedang dijalankan terhadap dirinya, dengan menegaskan perkara itu bukan satu isu.
Menurut beliau, terpulang kepada mana-mana pihak untuk membuat desakan sedemikian.
“Bagi saya, perkara itu bukan isu,” katanya ringkas.
Azam berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI di Kampung Sungai Buah, di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Azam memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita Bloomberg sekiranya syarikat media antarabangsa itu gagal menjawab surat tuntutan (LOD) yang dihantarnya dalam tempoh 14 hari.
Beliau berkata, LOD tersebut dihantar berhubung satu artikel yang disifatkannya sebagai berunsur fitnah, yang mendakwa beliau memiliki berjuta-juta saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.
Terdahulu, Bloomberg dalam laporannya mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bagaimanapun, Azam sebelum ini menegaskan bahawa pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam syarikat berkenaan dibuat secara telus dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Beliau turut menjelaskan bahawa tiada sebarang perkara yang disembunyikan kerana pegangan saham itu telah diisytiharkan sepenuhnya, malah saham yang dibeli tahun lalu sudah dilupuskan dalam tahun yang sama.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
#letak jawatan
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan