awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buah tak terusik, rupanya sudah lima hari meninggal dunia
Usaha diplomasi Malaysia dalam isu Iran wajar diberi kredit – PM Anwar
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH perkenal sistem giliran digital, tidak perlu beratur lama di kaunter

Bernama
Bernama
16/03/2026
04:34 MYT
TH perkenal sistem giliran digital, tidak perlu beratur lama di kaunter
Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR dan akan menerima notifikasi nombor giliran di telefon pintar sebelum berurusan di kaunter TH. - Gambar fail
Selepas pelancaran laman sesawang baharu yang lebih moden dan mesra pengguna, Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenal sistem giliran digital bagi perkhidmatan kaunter di seluruh cawangan bermula semalam.
Melalui sistem giliran digital yang dikenali sebagai TH Digital Queue, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR dan akan menerima notifikasi nombor giliran di telefon pintar sebelum berurusan di kaunter TH.
“Kini pelanggan boleh menguruskan masa dengan lebih sistematik, tidak perlu menunggu lama di kaunter dan boleh berada di mana-mana dengan memantau nombor giliran melalui telefon pintar masing-masing.
“TH Digital Queue juga dilengkapi dengan fungsi penilaian Indeks Kepuasan Pelanggan, e-Borang maklum balas pelanggan dan informasi untuk pendeposit,” menurut TH dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad berkata inisiatif yang ditambah baik itu adalah bagi menyokong pemerkasaan digital TH di seluruh negara bagi meningkatkan kecekapan serta memberikan pengalaman pelanggan yang lebih mudah, ringkas dan lancar.
Beliau berkata pengenalan sistem itu adalah langkah berterusan pendigitalan TH bagi memudahkan urusan pendeposit tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama untuk mendapatkan nombor giliran.
“TH yakin sistem TH Digital Queue ini akan membantu melancarkan lagi urusan pelanggan di kaunter kami di seluruh Malaysia di samping memastikan proses pengendalian maklum balas pelanggan diuruskan dengan telus dan segera,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#TH
#nombor giliran digital
#haji 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan