awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand kurangkan harga diesel 2.14 baht bermula 9 April

Astro AWANI
Astro AWANI
08/04/2026
13:23 MYT
Thailand kurangkan harga diesel 2.14 baht bermula 9 April
Akanat berkata kerjasama daripada semua pihak adalah penting ketika Thailand mengharungi ketidaktentuan pasaran tenaga global yang berterusan. - Gambar hiasan/REUTERS
Thailand akan mengurangkan harga diesel sebanyak 2.14 baht (RM0.27) seliter bermula Khamis (9 April), sekali gus memberi kelegaan segera kepada pemandu dan perniagaan menjelang sambutan Pesta Songkran.
Jawatankuasa Pengurusan Dana Bahan Api Minyak (OFMC) pada Rabu mengumumkan pengurangan itu susulan semakan semula formula harga penapisan oleh Kementerian Tenaga bagi mengurangkan beban rakyat.
Menteri Tenaga Akanat Promphan berkata Jawatankuasa Pentadbiran Dasar Tenaga telah meluluskan potongan sebanyak 2 baht seliter bagi harga “ex-refinery” untuk diesel B7 dan B20.
“Langkah ini juga termasuk pengurangan kadar pampasan selaras dengan penurunan harga minyak global, yang bertujuan menstabilkan Dana Bahan Api Minyak yang kini masih mengalami defisit lebih 57 bilion baht,” kata Akanat, yang juga merupakan pengerusi OFMC, dalam satu kenyataan.
Hasilnya, harga runcit akan turun kepada 48.40 baht (RM6.03) seliter untuk diesel B7 dan 43.40 baht (RM5.40) seliter bagi B20, berkuat kuasa 9 April.
Harga bagi jenis bahan api lain kekal tidak berubah, dengan Gasohol 95 pada 43.95 baht (RM5.48) seliter dan Gasohol 91 pada 43.58 baht (RM5.43) seliter.
Akanat berkata kerjasama daripada semua pihak adalah penting ketika Thailand mengharungi ketidaktentuan pasaran tenaga global yang berterusan, selain menzahirkan penghargaan kepada orang awam dan pengendali kilang penapis atas peranan mereka membantu meringankan beban masyarakat.
“Kerjasama adalah penyelesaian kepada setiap krisis. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Thailand kerana memahami situasi global dan kesannya, serta pengendali kilang penapis kerana membantu meringankan beban masyarakat.
“Usaha kolektif ini bukan sahaja mengurangkan kos sara hidup, malah menyokong momentum ekonomi Thailand di tengah-tengah ketidaktentuan global,” katanya.
Beliau berkata jawatankuasa itu turut meluluskan pengurangan kadar subsidi diesel selaras dengan penurunan harga minyak global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#harga diesel
#Akanat Promphan
#krisis tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan