awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Rusia raih pendapatan berbilion euro susulan penutupan Selat Hormuz
Songkran Bangkok tanpa alkohol, aktiviti dihadkan hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand perketat kawalan senjata api, saring latar belakang pemohon

Astro AWANI
Astro AWANI
21/02/2026
05:30 MYT
Thailand perketat kawalan senjata api, saring latar belakang pemohon
selaras dengan Seksyen 13 Akta Senjata Api 1947, proses perolehan kini akan melalui penelitian rapi merangkumi penilaian tingkah laku, latar belakang pergaulan, serta penglibatan dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. -Gambar hiasan
Thailand bakal menguatkuasakan langkah kawalan senjata api secara menyeluruh di seluruh negara, termasuk memperketat proses saringan latar belakang terhadap pemilik dan pemohon baharu berkuat kuasa serta-merta.
Jurucakap Kerajaan, Aiyarin Phanrit berkata, langkah drastik itu diambil susulan arahan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul yang mahukan penelitian semula ke atas semua peraturan pemilikan senjata demi menjamin keselamatan awam.
Beliau berkata, selaras dengan Seksyen 13 Akta Senjata Api 1947, proses perolehan kini akan melalui penelitian rapi merangkumi penilaian tingkah laku, latar belakang pergaulan, serta penglibatan dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.
"Bagi pemilik lesen sedia ada, pihak berkuasa tempatan dan ketua komuniti diarah memantau kelakuan mereka secara berterusan.
"Jika didapati mengancam ketenteraman awam, tindakan pentadbiran serta jenayah akan diambil tanpa kompromi," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Aiyarin, Kementerian Dalam Negeri Thailand turut melanjutkan tempoh penggantungan pengeluaran lesen membawa senjata api di tempat awam yang telah dikuatkuasakan sejak 20 Disember 2023.
Tindakan itu bertujuan memastikan tiada permit baharu dikeluarkan kepada orang awam bagi mengurangkan risiko jenayah dan keganasan bersenjata.
Kerajaan turut memberi amaran bahawa membawa senjata api ke kawasan awam tanpa alasan mendesak merupakan kesalahan serius, walaupun individu tersebut mempunyai lesen sah.
Pemegang lesen hanya dibenarkan menyimpan senjata di kediaman bagi tujuan perlindungan diri.
Pelanggaran syarat berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda 10,000 baht (kira-kira RM1,300), atau kedua-duanya sekali.
Langkah pengukuhan undang-undang ini menyusul di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan kes jenayah melibatkan senjata tidak berdaftar di negara itu.
Topic Berkaitan
#Thailand
#kawalan senjata api
#Anutin Charnvirakul
#Aiyarin Phanrit
#permit senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan