awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan sertai perhimpunan Hari al-Quds di Tehran tanda solidariti kepada Palestin
Remaja maut, motosikal terbabas dalam longkang di Kampar
PERHILITAN pasang perangkap kamera kesan harimau - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand pindahkan kumpulan pertama rakyat dari Asia Barat pada 7 Mac

Bernama
Bernama
04/03/2026
14:47 MYT
Thailand pindahkan kumpulan pertama rakyat dari Asia Barat pada 7 Mac
Kira-kira 300 rakyat Thailand di kawasan berisiko tinggi, terutamanya di Iran, telah memohon untuk dihantar pulang. - Gambar fail
Thailand sedang membuat persiapan untuk memindahkan kumpulan pertama pekerja warga Thailand dari Asia Barat pada 7 Mac ini susulan ketegangan di rantau itu, kata Menteri Buruh Treenuch Thienthong pada Rabu, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).
Bercakap selepas mesyuarat pusat pemantauan situasi, Treenuch mengesahkan bahawa tiada rakyat Thailand dilaporkan cedera atau terkorban setakat ini.
Kira-kira 300 rakyat Thailand di kawasan berisiko tinggi, terutamanya di Iran, telah memohon untuk dihantar pulang, termasuk sekumpulan 50 buruh yang kesemuanya menyatakan hasrat untuk keluar dari negara berkenaan.
Pendaftaran untuk proses pemindahan itu dijadualkan dibuka pada 5 Mac ini, dengan kumpulan pertama dijangka berlepas pada 7 Mac dan 10 Mac melalui laluan darat ke Turkiye.
Proses kepulangan itu akan diuruskan melalui dua saluran utama. Di bawah rangka kerja kerajaan dengan kerajaan, pegawai sedang meneliti kos tertentu yang akan ditanggung dalam operasi itu, manakala pekerja yang dihantar melalui agensi pengambilan swasta akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat berkenaan.
-- BERNAMA-TNA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Timur Tengah
#Pekerja
#penghantaran pulang
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan