awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Threads beralih ke domain .com

Amanz
Amanz
25/04/2025
05:00 MYT
Threads beralih ke domain .com
Threads telah mengubah domain mereka dari Threads.net ke Threads.com, yang diperoleh dari Shopify pada September 2024. -Amanz
THREADS, perkhidmatan media sosial yang beroperasi di bawah Instagram, kini telah melakukan perubahan pada alamat domain mereka, sekali gus mengubah capaian perkhidmatan berkenaan daripada Threads.net kepada Threads.com.

Ringkasan AI
  • Threads telah mengubah domain mereka dari Threads.net ke Threads.com, yang diperoleh dari Shopify pada September 2024.
  • Pengguna yang mengakses URL lama akan secara automatik dibawa ke URL baharu.
  • Threads menambah ciri baharu termasuk latar masa yang diperibadikan dan pengiklanan global.

Untuk makluman, pihak Meta sedia mendapatkan nama domain Threads.com ini daripada pihak Shopify pada September 2024 yang lepas.
Nilai pengambilalihan nama domain berkenaan tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak.
Bermula hari ini, pengguna yang ke URL lama Threads.net akan secara automatik dibawa ke URL baharu.
Ini juga dilihat akan memberikan penjenamaan yang lebih selari kepada semua produk Meta yang menggunakan domain dengan akhiran .com.
Bersama-sama dengan kemas kini ini juga, pihak Threads menambah beberapa ciri baharu, termasuk akses kepada latar masa yang diperibadikan mengikut cita rasa dan keperluan pengguna.
Kemas kini ini hadir selepas Meta mengumumkan pengenalan ciri pengiklanan pada peringkat global pada Threads, juga pada minggu ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Threads
#ubah domain
#Shopify
#URL lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan