awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cadangan gubal akta khusus kawal selia penyedia platform media sosial - Fahmi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
14/03/2024
06:52 MYT
Tiada cadangan gubal akta khusus kawal selia penyedia platform media sosial - Fahmi
Fahmi bercakap kepada media selepas merasmikan E-Farmasi Penyelesaian Digital Pusat Penjagaan Kesihatan Generasi Baharu oleh Unifi Business di TM Digital Academy, Universiti Multimedia, Cyberjaya pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
CYBERJAYA: Kerajaan tiada cadangan untuk menggubal akta khusus bertujuan untuk mengawal selia penyedia platform media sosial.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, tiada perancangan seumpamanya.
"Saya belum pernah dengar tentang akta regulasi platform ini dan waktu ini kementerian dan juga kerajaan belum ada cadangan untuk mewujudkan akta kawal selia untuk platform media sosial," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan E-Farmasi Penyelesaian Digital Pusat Penjagaan Kesihatan Generasi Baharu oleh Unifi Business di TM Digital Academy, Universiti Multimedia, Cyberjaya pada Khamis.
Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilaporkan akan menyediakan satu kerangka bagi membolehkan semua penyedia platform media sosial berdaftar dengan agensi itu serta memudahkan pengawalseliaan platform berkenaan di negara ini.
Menurut Fahmi, MCMC masih memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan kerangka berkenaan termasuk mengumpulkan beberapa perkara daripada pengalaman luar dan perbincangan suruhanjaya itu dengan penyedia platform media sosial sebelum ini.
Topic Berkaitan
#kawal selia platform media sosial
#Fahmi Fadzil
#akta khusus
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan