awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada dana untuk hak eksklusif konsert antarabangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2024
04:55 MYT
Tiada dana untuk hak eksklusif konsert antarabangsa
Fahmi berkata, pihaknya berperanan memudahkan proses permohonan penganjuran konsert di bawah Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi tidak menyediakan dana khas untuk mendapatkan sebarang hak eksklusif penganjuran konsert artis antarabangsa.
Sebaliknya Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya berperanan memudahkan proses permohonan penganjuran konsert di bawah Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
"Kebanyakan acara ini adalah antara syarikat swasta yang menandatangani kontrak perjanjian untuk membawa masuk hak eksklusif bagi penganjuran acara tersebut," katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini pada Selasa.
Menurut beliau, sekiranya proses permohonan itu dapat dipermudah, ia akan menjadi satu daya tarikan kepada penganjur.
"Pada waktu ini kita terima aduan iaitu mengambil masa yang lama untuk pengesahan dan kebenaran
"Jadi saya akan lihat dalam bidang kuasa kementerian bagaimana boleh untuk mengurangkan tempoh masa itu," katanya.
Terdahulu media melaporkan Singapura memperuntukkan AS$2 juta hingga AS$3 juta atau bersamaan RM9.56 juta hingga RM14.34 juta untuk mendapatkan hak esksklusif penganjuran konsert Taylor Swift’s The Eras Tour.
Langkah itu bagi merancakkan ekonomi dan industri tempatan negara tersebut.
Konsert berkenaan dijadual berlangsung pada 2 hingga 9 Mac depan dengan kapasiti 55,000 tempat duduk Stadium Nasional Singapura habis terjual. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#konsert antarabangsa
#konsert Taylor Swift
#Fahmi Fadzil
#dana konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan