awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada indoktrinasi politik dalam PLKN' - Jurulatih

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/08/2018
08:58 MYT
'Tiada indoktrinasi politik dalam PLKN' - Jurulatih
Elemen kenegaraan wajar disuntik bersama elemen ketenteraan bagi memaksimumkan nilai - Foto BERNAMA
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat nNegara (PLKN) tidak pernah membabitkan proses indoktrinasi fahaman politik.
Jurulatih PLKN Langkawi, Hisham Yahya berkata, sejak menjadi pelatih dan kini sudah menjadi jurulatih, tiada langsung elemen latihan untuk mengajak peserta menyokong mana-mana parti politik.
Topik berkaitan politik yang ada dalam latihan PLKN juga hakikatnya membolehkan pelatih memahami hal-hal kenegaraan serta proses demokrasi negara semata-mata.
"Setakat ini modul yang kami terapkan tiada langsung kaitan dengan politik malah kami (jurulatih) tidak pernah libatkan isu parti kepada pelatih cuma kami kenalkan pelatih dengan struktur negara dan juga proses untuk mengundi.
"Malah, apabila ditanya pelatih kami sekalipun, saya tidak pernah dengar mana-mana tempat mahupun kem memasukkan elemen indoktrinasi politik kepada pelatih mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Dalam perkembangan berkaitan, Fairuz Mohd Jaidi, seorang pelatih PLKN dari Tambunan, Sabah mencadangkan agar modul kenegaraan tunggal dijadikan sebagai modul utama dalam kaedah pelaksanaannya.
"Modul kenegaraan ada pembinaan perwatakan, pembinaan pasukan, latihan fizikal dan latihan kerjasama seperti latihan tali, kawad serta pertolongan cemas.
"Bagi saya, elemen kenegaraan ini jika disuntik lagi dengan mekanisme ketenteraan semestinya dalam tempoh singkat (seperti dua atau tiga bulan) akan memaksimumkan nilai pelatih," kata Fairuz, yang sudah memasuki tahun ke lapan menjadi jurulatih di Malaysia Timur.
Hari ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan pemansuhan PLKN dan BTN secara serta-merta setelah Mesyuarat Kabinet minggu lalu mendapati ia telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.
Bagaimanapun, kedua-dua jurulatih muda ini optimis, usaha meningkatkan pemahaman serta semangat patriotisme dalam kalangan generasi baru Malaysia wajar diteruskan dengan pengisian dan pelaksanaan yang lebih berkesan.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Fairuz Mohd Jaidi
#Hisham Yahya
#Langkawi
#Malaysia
#nilai
#plkn
#politik
#Program Latihan Khidmat Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan