awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi duka lara, 'ustazah hilang' bakal mengajar lebih hampir dengan kediaman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/01/2019
11:06 MYT
Tiada lagi duka lara, 'ustazah hilang' bakal mengajar lebih hampir dengan kediaman
17 Januari lalu, Ustazah Nurfarhana Ibrahim dilaporkan hilang dan ditemui selamat selepas hadir sendiri ke Balai Polis IPD Kuala Kangsar. - Gambar fail
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah bersedia untuk membantu guru Pendidikan Islam, Nurfarhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang sebelum ditemui selamat di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar, Perak 17 Januari lalu, untuk ditempatkan semula.
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri, Abd. Aziz Selaiman JPN negeri juga bersedia untuk menempatkan ustazah terbabit di mana-mana sekolah di negeri Kedah yang berhampiran dengan kediamannya.
Justeru katanya proses pertukaran beliau perlu mengikuti prosedur biasa dalam perkhidmatan.
BACA: Ustazah hilang sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau - Keluarga
BACA: Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar
Tegasnya, pihak JPN negeri turut bersedia membantu guru agama terbabit mengatasi apa-apa masalah yang dihadapinya selepas urusan bersama JPN Pulau Pinang selesai.
"Saya difahamkan dia (Nurfarhana) akan menjalani proses biasa pertukaran dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sedang menghubungi bahagian pengurusan sekolah harian dan mungkin ada juga melibatkan penyesuaian, saya pun tidak boleh kata dia pun akan ditukarkan dan sebagainya, tetapi sebab kes ini mungkin agak serius.
"Mungkin ada wajaran yang dipertimbangkan pihak jabatan pendidikan, dan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Kedah kita cuma menunggu arahan saja, jika ada arahan pertukaran antara negeri memang akan ada sampai Pengarah Pendidikan Negeri Kedah dan kita akan gerakkan dia ke sekolah berhampiran dengan rumah kediamannya bagi membantu dia," Majlis Perjumpaan Bersama Pengetua dan Guru Besar di Dewan Sri Mentaloon di sini, hari ini.
Justeru Aziz meminta pihak pengurusan sekolah mewujudkan ekosistem yang ceria di sekolah bagi mengatasi masalah tekanan guru di tempat kerja.
Ini sekali gus mampu menyelesaikan masalah 36,000 orang guru di negeri Kedah keluar daripada status guru "dukalara".
17 Januari lalu, Ustazah Nurfarhana Ibrahim dilaporkan hilang dan ditemui selamat selepas hadir sendiri ke Balai Polis IPD Kuala Kangsar.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya selepas beberapa barangan milik peribadi seperti beg tangan dan kunci kereta ditinggalkan di atas meja di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#hilang
#kereta
#Kuala Kangsar
#Nurfarhana Ibrahim
#pendidikan
#polis
#sekolah
#ustazah hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan