awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan penipuan ganti kad pengenalan babitkan mangsa banjir - JPN

Bernama
Bernama
30/12/2022
08:43 MYT
Tiada laporan penipuan ganti kad pengenalan babitkan mangsa banjir - JPN
Ketua Pengarah JPN Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu bagi memastikan mangsa banjir yang hadir ke pejabat JPN bertujuan mendapatkan kad pengenalan baharu kerana rosak atau hilang akibat musibah itu. - Foto BERNAMA
TUMPAT: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menerima sebarang laporan penipuan berhubung penggantian kad pengenalan baharu membabitkan mangsa banjir di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, setakat ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu bagi memastikan mangsa banjir yang hadir ke pejabat JPN bertujuan mendapatkan kad pengenalan baharu kerana rosak atau hilang akibat musibah itu.
"Setiap permohonan perlu menggunakan cap jari sebagai pengecaman berdasarkan rekod yang ada dalam sistem sebelum ini.
"Sekiranya ada unsur penipuan, kita akan lakukan siasatan tetapi kebanyakan mereka yang datang adalah betul-betul menghadapi masalah banjir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir kepada 22 kakitangan JPN Kelantan yang terlibat banjir di Pejabat JPN Tumpat di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ruslin berkata pihaknya juga mendapati jumlah permohonan bagi penggantian kad pengenalan baharu akibat banjir menunjukkan pengurangan berikutan kesedaran rakyat yang bersiap sedia berdepan dengan bencana alam itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPN
#penipuan kad pengenalan
#mangsa banjir
#Jabatan Pendaftaran Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan