awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra

Bernama
Bernama
06/02/2025
05:00 MYT
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra komited dalam melindungi kepentingan rakyat Malaysia di luar negara serta akan terus memberikan perkembangan terkini mengenai situasi berkenaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC belum menerima sebarang pemakluman rasmi daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan rakyat negara ini berdepan pengusiran susulan dasar imigresen yang lebih ketat, kata Kementerian Luar, pada Khamis.
Dalam kenyataan susulan laporan media yang mendakwa lebih 400 rakyat Malaysia termasuk dalam senarai individu tanpa dokumen yang akan diusir dari AS, Wisma Putra menegaskan, tiada permohonan rasmi bagi bantuan konsular diterima daripada mereka yang terkesan.
Wisma Putra turut menegaskan komitmennya dalam melindungi kepentingan rakyat Malaysia di luar negara serta akan terus memberikan perkembangan terkini mengenai situasi berkenaan.
"Kedutaan serta konsulat Malaysia di AS kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan terus berinteraksi dengan komuniti Malaysia bagi memastikan kebajikan mereka terjaga serta pematuhan terhadap peraturan imigresen," menurut kenyataan itu.
Laporan berkenaan muncul di tengah-tengah peningkatan penguatkuasaan imigresen di bawah pentadbiran baharu Presiden AS, Donald Trump, yang menyaksikan penelitian lebih ketat terhadap individu tanpa dokumen di negara itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Kedutaan Besar Malaysia
#pengusiran rakyat Malaysia
#Presiden Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan