awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pembabitan SPRM dalam kes mafia korporat - KPN

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/04/2026
03:22 MYT
Tiada pembabitan SPRM dalam kes mafia korporat - KPN
Mohd Khalid berkata, siasatan masih diteruskan dan setakat ini SPRM tidak terlibat dalam kes berkenaan. - Astro AWANI
Polis mengesahkan setakat ini tiada pembabitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes mafia korporat yang sedang dijalankan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan masih diteruskan dan setakat ini SPRM tidak terlibat dalam kes berkenaan.
"Beberapa individu sudah dikenal pasti termasuk berada di dalam serta luar negara. Arahan yang saya terima adalah untuk meneruskan siasatan jadi kita akan teruskan siasatan kerana ada beberapa individu perlu dipanggil," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman pada Jumaat.
Mengulas lanjut, bagi individu yang berada di luar negara, perbincangan kerajaan dengan kerajaan (G2G) perlu dilakukan untuk memanggil mereka merakam keterangan.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan kes ini masih berada pada peringkat awal siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga hasil siasatan dimuktamadkan.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan serbuan ke atas beberapa premis milik ahli perniagaan, Victor Chin yang didakwa terbabit dengan mafia korporat.
Media sebelum ini melaporkan sejumlah premis milik ahli perniagaan itu diserbu Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan PDRM serta beberapa dokumen disita bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, Victor dilapor berkata, pihaknya menafikan pembabitan dirinya dalam mafia korporat seperti yang digembar-gemburkan.
Menerusi kenyataan e-mel kepada agensi berita Bloomberg, dia tidak menafikan mengenai kewujudan kumpulan itu, namun menafikan pembabitannya.
Topic Berkaitan
#KPN
#Khalid Ismail
#mafia korporat
#SPRM
#Polis Diraja Malaysia
#kartel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan