awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada potong barisan, PPV tersilap senarai nama penerima vaksin - Khairy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/03/2021
08:00 MYT
Tiada potong barisan, PPV tersilap senarai nama penerima vaksin - Khairy
Kesilapan itu menyebabkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara tidak sengaja menyenaraikan nama individu bukan petugas barisan hadapan sebagai penerima vaksin COVID-19, kata Khairy. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengakui berlaku kesilapan dalam senarai penerima vaksin bagi fasa satu.
Jelas beliau, kesilapan itu menyebabkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara tidak sengaja menyenaraikan nama individu bukan petugas barisan hadapan sebagai penerima vaksin COVID-19.
Sehubungan itu, pihaknya sedang mengenal pasti individu berkenaan bagi mengeluarkan daripada senarai penerima vaksin fasa satu.
"Saya diberitahu bukan salah mereka (tetapi) mereka disenaraikan. Maklumat itu tidak jelas kepada PPV, bukannya dia yang potong (giliran). Tetapi nama dia tiba-tiba disenaraikan.
"Bukan sebab dia minta tetapi disebabkan oleh PPV itu sendiri yang masukkan (nama) bukan petugas barisan hadapan," katanya dalam sidang selepas membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kementerian yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.
Sementara itu, ditanya mengenai isu penjualan vaksin di pasaran gelap, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Kita ada terima (laporan) secara umum sahaja tetapi saya minta mereka buat laporan KKM. KKM adalah pihak yang bertanggungjawab berhubung dakwaan penjualan vaksin di pasaran gelap," jelasnya.
BACA: Potong barisan untuk divaksinasi? Denda sehingga RM50,000 menanti!
Terdahulu, KKM memaklumkan individu yang didapati memotong barisan untuk menjadi penerima awal suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia termaktub dalam Seksyen 31 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#Potong barisan suntikan vaksin
#PPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan