awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rancangan perkenalkan semula GST setakat ini - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
15/12/2020
15:03 MYT
Tiada rancangan perkenalkan semula GST setakat ini - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keutamaan pada masa ini adalah menyokong usaha-usaha memerangi penularan COVID-19, melindungi rakyat dan menyokong perniagaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan tiada sebarang keputusan yang akan diambil berkenaan kemungkinan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam keadaan pandemik COVID-19 dan sehingga keadaan ekonomi pulih.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keutamaan pada masa ini adalah menyokong usaha-usaha memerangi penularan COVID-19, melindungi rakyat dan menyokong perniagaan.
Bagaimanapun beliau berkata kerajaan sedang menjalankan kajian dan mendapatkan pandangan serta maklum balas pelbagai pihak berkepentingan mengenai kesesuaian untuk melaksanakan apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang, serta kelemahan sistem GST terdahulu.
"Kajian ini akan meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.
"Sebarang sistem cukai, sama ada ditambah baik atau baharu, perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini,
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ling Chai Yew (PH-DAP) sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk mengembalikan sistem cukai GST serta kesannya ke atas rakyat berpendapatan rendah dan impak terhadap ekonomi negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai barang dan perkhidmatan
#GST
#COVID-19
#ekonomi
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan