awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sambutan Hari Polis tahun ini - KDN

Hakim Rahman
Hakim Rahman
24/03/2020
08:59 MYT
Tiada sambutan Hari Polis tahun ini - KDN
Sambutan peringatan Hari Polis ke-213 pada 25 Mac dibatalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto Astro AWANI.
Sambutan peringatan Hari Polis ke-213 yang sepatutnya diadakan pada 25 Mac (Rabu) dibatalkan berikutan negara kini di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin walaupun tiada sambutan diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) beliau berharap agar warga PDRM terus kental dan bersemangat memberi khidmat kepada rakyat.
“Saya amat berharap anggota PDRM akan terus memberikan khidmat terbaik kepada negara sebagai petugas barisan hadapan yang diamanahkan untuk menguatkuasakan PKP ini.
“Saya berdoa semoga usaha Kerajaan dan kita semua dapat membendung penularan COVID-19 dengan jayanya. Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.
Tugasan polis ini bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi apabila berhadapan dengan situasi dan cabaran keselamatan negara yang semakin kompleks.
Tambah Zainuddin beliau akan memastikan kebajikan anggota dan keluarga mereka yang terdedah kepada wabak COVID19 terbela.
BACA: Enam anggota PDRM positif COVID-19, 335 anggota masih tunggu keputusan - KPN
“Dalam waktu yang getir ini, saya berdoa agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran ini dan kembali sembuh secepat mungkin. Kementerian Dalam Negeri akan memastikan kebajikan mereka dan ahli keluarga terbela,” katanya lagi.
PDRM bukan sahaja berhadapan dengan jenayah konvensional, ancaman pengganas yang adakalanya amat luar biasa, bahkan ianya lebih kompleks dalam dunia digital sekarang ini.
"Yakinlah, ia satu khidmat yang mulia dan diberkati, Allah s.w.t. akan merahmati," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID19
#keluarga
#Kementerian Dalam Negeri
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan