awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekatan pergerakan, Fahmi Reza hanya dalam senarai pemantauan – PDRM

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2025
03:50 MYT
Tiada sekatan pergerakan, Fahmi Reza hanya dalam senarai pemantauan – PDRM
Razarudin menyatakan bahawa kekeliruan semasa semakan di pintu keluar negara menyebabkan arahan sekatan dikeluarkan secara tidak tepat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Fahmi Reza dikenakan sekatan pergerakan, sebaliknya menjelaskan bahawa nama aktivis itu hanya berada dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman.

Ringkasan AI
  • PDRM menafikan Fahmi Reza dikenakan sekatan pergerakan, sebaliknya menjelaskan bahawa namanya hanya berada dalam senarai pemantauan pergerakan untuk tujuan rekod dan rujukan dalaman.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan bahawa kekeliruan semasa semakan di pintu keluar negara menyebabkan arahan sekatan dikeluarkan secara tidak tepat, dan perkara itu sedang diteliti untuk penambahbaikan prosedur.
  • PDRM menegaskan komitmen untuk melindungi hak kebebasan bergerak rakyat Malaysia, dan individu seperti Fahmi Reza masih bebas untuk keluar masuk negara tertakluk kepada undang-undang dan peraturan imigresen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum laporan media serta reaksi awam berhubung dakwaan sekatan pergerakan terhadap Fahmi Reza atau nama penuhnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.
“Tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap Fahmi Reza buat masa ini.
"Namun, nama beliau telah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan susulan siasatan kes yang masih dijalankan oleh pihak PDRM,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan bahawa senarai pemantauan tersebut tidak membawa maksud sekatan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada prosedur pemantauan lazim yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, kekeliruan telah berlaku semasa proses semakan di pintu keluar negara semalam, yang menyebabkan arahan sekatan pergerakan dikeluarkan secara tidak tepat.
“Situasi ini sedang diteliti dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemas prosedur sedia ada,” tegasnya.
Razarudin turut menegaskan komitmen PDRM dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak setiap rakyat Malaysia, dan individu berkenaan adalah bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara seperti biasa, tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen dan undang-undang berkaitan.
Topic Berkaitan
#Razarudin Husain
#Fahmi Reza
#PDRM
#sekatan pergerakan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan