awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak benar Malaysia tersenarai program VWP Amerika Syarikat

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2019
15:00 MYT
Tidak benar Malaysia tersenarai program VWP Amerika Syarikat
Wisma Putra telah merujuk kepada Kedutaan AS di Malaysia yang mengesahkan tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat negara itu mengenai VWP. - Gambar fail
Artikel berita yang melaporkan Malaysia telah disenaraikan dalam Program Pengecualian Visa (VWP) Amerika Syarikat (AS) adalah tidak benar.
Perkara berkenaan disahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur serta sumber Wisma Putra hari ini.
Kedutaan itu mendedahkan mengenai artikel palsu tersebut, mengatakan portal terbabit mempunyai semua tanda-tanda yang menunjukkan ia laman berita palsu.
"Artikel itu tidak benar. Jabatan Negara tidak ada membuat pengumuman baru-baru ini mengenai Program Pengecualian Visa," kata seorang jurucakap Kedutaan AS kepada The Star pada Rabu.
Laman web itu, News-AP, yang seperti cuba membayangkan ia ada kaitan dengan agensi berita antarabangsa Associated Press (AP), mendakwa Jabatan Negara AS telah menambahkan 10 negara, termasuk Malaysia, ke dalam senarai VWP negara itu.
Jurucakap kedutaan AS memberitahu The Star, jika benar kerajaan AS mahu membuat pengumuman besar seperti itu, maklumat tersebut akan dipaparkan di laman web rasmi dan platform media sosial miliknya.
Jurucakap itu juga menggesa rakyat Malaysia supaya mengambil berat tentang sumber sesuatu maklumat yang diperolehi.
"Perlu sedar yang tidak semua yang anda baca di Internet adalah benar dan kena sedikit sebanyak tahu apa tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu portal berita itu boleh dipercayai atau tidak.
"Jika anda lihat laman web yang mengeluarkan artikel itu, ia hanya berusia sembilan hari. Ia bukan sumber berita yang mantap, dan walaupun sekali pandang ia kelihatan seperti boleh dipercayai, ada beberapa tanda yang menunjukkan sebaliknya," katanya.
Jurucakap itu juga berkata dia tidak tahu apa motif pihak yang menulis artikel tersebut, sambil menambah bahawa ia hanya mengelirukan orang ramai.
Sementara itu, BH Online memetik sumber Wisma Putra memaklumkan pihaknya sudah merujuk kepada Kedutaan AS di Malaysia yang mengesahkan tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat negara itu mengenai VWP.
“Banyak pihak bertanyakan perkara ini kepada kami sejak berita itu disiarkan dan viral sejak pagi tadi, ia tidak benar,” sumber itu dipetik berkata.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#berita palsu
#Kedutaan AS
#Laman web palsu
#Malaysia
#Program Pengecualian Visa
#rakyat Malaysia
#Visa
#VWP
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan