awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
Duta Rusia gesa AS kekalkan angkasa lepas sebagai ruang kerjasama, bukan persaingan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak berasas anggap darurat boleh jejas pasaran saham - Pakar ekonomi

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
25/10/2020
03:30 MYT
Tidak berasas anggap darurat boleh jejas pasaran saham - Pakar ekonomi
Yusof berkata, bursa boleh turun dalam keadaan ekonomi yang baik ataupun naik pada keadaan ekonomi yang bermasalah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Pendapat yang mengatakan bahawa perlaksanaan darurat akan menyebabkan pasaran saham negara merudum adalah satu pandangan yang tidak berasas.
Menurut Ketua Ekonomi Pusat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prof Madya Dr Yusof Saari, indikator bursa saham itu adalah tidak tepat untuk mengukur kesihatan ekonomi negara.
“Kita jangan terlalu mengikut pandangan yang tidak berasas. Adalah terlalu awal untuk mengatakan perlaksanaan darurat akan memberi kesan kepada ekonomi negara.
“Kalau kita bersandarkan kepada bursa saham itu, ia satu indikator yang tidak tepat dan tidak baik untuk mengukur keadaan kesihatan ekonomi kita.
"Ini kerana, bursa boleh turun naik mengikut masa kerana ia bergantung kepada persepsi. Bursa boleh turun dalam keadaan ekonomi yang baik ataupun naik pada keadaan ekonomi yang bermasalah,” jelas Yusof, yang juga pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia.
Beliau memberi contoh apa yang berlaku pada 1998 apabila keadaan pasaran saham masih baik walaupun negara ketika itu mengalami krisis ekonomi.
Kata Yusof lagi, walaupun darurat dilaksanakan, aktiviti ekonomi akan tetap berjalan seperti biasa.
“Apa bentuk darurat yang dilaksanakan, dua keseimbangan perlu diutamakan iatu ekonomi dan kesihatan,
“Kalau darurat kesihatan diadakan, ia hanya menghadkan pergerakan individu. Begitu juga dengan darurat pentadbiran, apabila kuasa diserahkan kepada Agong.
"Pokoknya, apa sahaja bentuk darurat yang dilaksanakan ekonomi perlu diberi keutamaan dan perlu dibenarkan untuk beroperasi,” kata Yusof.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#kesihatan
#darurat
#perintah darurat
#Bursa Malaysia
#COVID-19
#yusof saari
#politik
#pasaran saham
#perkeso
#krisis
#Pakar Ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan