awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak boleh sesuka hati musnahkan kolam takungan di puncak Gunung Inas - MB Kedah

Bernama
Bernama
22/08/2022
13:24 MYT
Tidak boleh sesuka hati musnahkan kolam takungan di puncak Gunung Inas - MB Kedah
Tiga kolam takungan air di puncak Gunung Inas, di Baling tidak boleh dirobohkan sesuka hati kerana ia mempunyai pemilik yang sah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - Gambar BERNAMA
ALOR SETAR: Tiga kolam takungan air di puncak Gunung Inas, di Baling tidak boleh dirobohkan sesuka hati kerana ia mempunyai pemilik yang sah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata, tindakan meroboh kolam itu juga tidak perlu kerana berdasarkan laporan Pasukan Khas Siasatan Bencana Tragedi Baling, ia dilihat tidak mampu mendatangkan bahaya kepada penduduk di kawasan berkenaan.
"Hasil laporan mendapati kolam berkenaan bukan menjadi punca kepada kejadian banjir di Baling pada 4 Julai lepas dan kajian oleh pakar di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mendapati kapasiti air dari tiga kolam takungan itu tidak mampu sampai hingga ke kawasan penempatan penduduk di kaki gunung.
"Kolam itu ada pemilik, jadi tidak boleh senang-senang musnahkan, kena baca juga laporan yang dibuat KeTSA, yang mempunyai ratusan pakar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Mammografi Digital di Kedah Medical Centre (KMC), di sini, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam laporan media memaklumkan, tiga kolam takungan air di puncak Gunung Inas di Baling bersaiz gelanggang futsal itu akan dimusnahkan kerana didapati membahayakan penduduk di kawasan berkenaan.
Tiga kolam takungan milik syarikat swasta itu dibina bagi mengusahakan ladang durian Musang King dan digunakan sebagai tempat takungan air bagi menyiram pokok-pokok durian yang ditanam di puncak Gunung Inas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir baling
#Gunung Inas
#kolam takungan air
#projek durian Musang King
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan