awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu risau guna pengangkutan awam menjelang Aidilfitri - Prasarana

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
13:45 MYT
Tidak perlu risau guna pengangkutan awam menjelang Aidilfitri - Prasarana
Prasarana menambah baik sistem komunikasi krisis dengan memperkenalkan bantuan visual seperti pemetaan lokasi bas perantara dan penambahan pasukan Troopers untuk membantu penumpang jika berlaku gangguan luar jangka. - Gambar fail
Orang ramai tidak perlu bimbang menggunakan pengangkutan awam untuk membuat persiapan Aidilfitri kerana tahap kesiagaan operasi dan teknikal perkhidmatan telah dipastikan pada tahap optimum sepanjang musim perayaan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) Amir Hamdan berkata pihaknya memberikan fokus penuh dalam memastikan semua mod pengangkutan seliaan Prasarana beroperasi lancar tanpa gangguan.
“Semua perkhidmatan kita (beroperasi) seperti biasa, bas, van, Rapid-on-Demand dan juga rel. Orang ramai tidak perlu risau dari segi kekerapan ataupun perkhidmatan kita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Prasarana di sini, semalam.
Beliau berkata demikian semasa ditanya persediaan Prasarana dalam menguruskan lonjakan penumpang menggunakan rel dan bas untuk membeli-belah menjelang hari raya.
Amir berkata walaupun jumlah penumpang dijangka berkurangan sehingga lebih 50 peratus pada hari raya, namun kesiagaan petugas teknikal dan operasi tetap dikekalkan pada tahap tertinggi.
“Staf kita bekerja seperti biasa. Cuma kekerapan akan berubah mengikut hari kelepasan awam,” katanya dan menambah jadual operasi selaras dengan ketetapan lesen Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Selain itu, Prasarana turut menambah baik sistem komunikasi krisis dengan memperkenalkan bantuan visual seperti pemetaan lokasi bas perantara dan penambahan pasukan Troopers dalam kalangan kakitangan untuk membantu penumpang jika berlaku gangguan luar jangka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prasarana
#Aidilfitri
#pengangkutan awam
#Amir Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan