awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak sampai tiga tahun, kerajaan Kelantan sudah capai lebih 84 peratus manifesto

Bernama
Bernama
09/03/2026
01:06 MYT
Tidak sampai tiga tahun, kerajaan Kelantan sudah capai lebih 84 peratus manifesto
Mohd Asri berkata, kerajaan negeri sentiasa memastikan setiap perkara yang dijanjikan kepada rakyat dapat ditunaikan sepenuhnya walaupun berdepan pelbagai cabaran. - Foto Sinar Harian
Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas telah mencapai lebih 84 peratus pelaksanaan manifesto dalam tempoh tidak sampai tiga tahun.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, pencapaian itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan segala janji kepada rakyat dilaksanakan sebaik mungkin.
Menurutnya, pencapaian tersebut diperoleh hasil penelitian yang dibuat menerusi mesyuarat kepimpinan negeri yang melibatkan semua portfolio Exco termasuk Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar.
"Sehingga kini pencapaian manifesto kerajaan negeri sudah melebihi 84 peratus dalam tempoh kira-kira tiga tahun.
"Manifesto ini biasanya dilaksanakan dalam satu penggal pentadbiran iaitu sekitar empat hingga lima tahun. Namun kali ini kemajuan yang dicapai lebih cepat berbanding kebiasaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Iftar Perdana Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) bersama Media di sini pada Ahad.
Mohd Asri berkata, terdapat beberapa inisiatif di bawah portfolio tertentu yang telah mencapai tahap pelaksanaan sehingga 100 peratus.
Ujarnya, kerajaan negeri sentiasa memastikan setiap perkara yang dijanjikan kepada rakyat dapat ditunaikan sepenuhnya walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Katanya, mesyuarat kepimpinan negeri turut meneliti perkembangan manifesto bagi memastikan segala janji kepada rakyat benar-benar dilaksanakan.
"Dalam mesyuarat tersebut kita melihat kembali manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat sama ada ia telah dilaksanakan atau sebaliknya.
"Walaupun ada cabaran, kerajaan negeri akan terus meningkatkan usaha supaya segala yang dirancang dapat dicapai sebelum pilihan raya akan datang," katanya.
Menurut beliau, kebiasaannya dalam tempoh empat tahun pencapaian manifesto sudah melebihi 90 peratus. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan
#PAS
#Manifesto
#Mohd Asri Mat Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan