awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ari Lesmana pertaruh konsert Solo 'MANGU' di Zepp KL Ogos Ini
Agong, Raja Permaisuri dikurniakan cucunda ketujuh
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak wajar anggap tiada tindakan diambil hapus rasuah - PM Anwar

Astro AWANI
Astro AWANI
19/02/2026
02:52 MYT
Tidak wajar anggap tiada tindakan diambil hapus rasuah - PM Anwar
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, adalah tidak wajar untuk menggambarkan seolah-olah semua pihak tidak menjalankan tugas atau terlibat dengan rasuah, sedangkan tindakan pembetulan sedang dilaksanakan. - Gambar FB/KDN
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia dan badan penguatkuasaan negara secara umumnya menunjukkan prestasi yang baik meskipun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menerima hakikat bahawa pencapaian tersebut adalah hasil usaha berterusan pelbagai agensi, sebelum bersama-sama mencari penyelesaian terhadap kekurangan yang masih wujud.
Menurutnya, pencapaian itu wajar dihargai dan beliau sendiri menzahirkan penghargaan kepada semua agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta badan penguatkuasaan lain.
"Jangan kita nafikan kejayaan ini. Memang ada masalah, dan bayangkan jika puluhan tahun berlaku ketirisan sehingga mencecah berbilion ringgit, sudah tentu jumlahnya amat besar. Tetapi di bawah jentera yang ada sekarang, perubahan itu nyata," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada sesi perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, adalah tidak wajar untuk menggambarkan seolah-olah semua pihak tidak menjalankan tugas atau terlibat dengan rasuah, sedangkan tindakan pembetulan sedang dilaksanakan.
"Masalahnya, sesetengah orang itu, dia pilih untuk hanya untuk menimbulkan kenyataan seolah-olah semua tidur dan semua korup (rasuah), ini saya fikir kurang wajar," katanya.
Beliau berkata usaha membanteras ketirisan telah dipergiatkan menerusi pelbagai agensi termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Imigresen.
Dalam masa sama, Perdana Menteri menjelaskan, prestasi ekonomi negara juga kini jauh lebih baik daripada unjuran awal kerajaan.
Beliau berkata, biasanya unjuran pertumbuhan hanya hampir mencapai sasaran atau sedikit kurang, namun kali ini prestasi sebenar melebihi jangkaan, termasuk dari segi pelaburan, kadar pengangguran dan inflasi.
Menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2025, Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dunia dan kedua paling aman dalam kalangan negara ASEAN dengan 1.469 mata.
Sementara, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan pada 13 Februari lalu memaklumkan, ekonomi Malaysia berkembang kukuh sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding 5.4 peratus pada suku ketiga, didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang mantap
Topic Berkaitan
#Malaysia negara aman
#PDRM
#Anwar Ibrahim
#penguatkuatsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan