awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran mahu AS bertanggungjawab jika rundingan gagal, tolak dakwaan Israel bertindak sendirian
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
Zii Jia sah sertai Piala Thomas 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anggota pengaman cedera dalam letupan di pos PBB di selatan Lubnan

Bernama
Bernama
03/04/2026
15:17 MYT
Tiga anggota pengaman cedera dalam letupan di pos PBB di selatan Lubnan
Letupan di dalam sebuah pos PBB pada petang Jumaat berhampiran kawasan Adaisseh mengakibatkan tiga anggota pengaman cedera, dua daripadanya parah. - Reuters
Tiga anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cedera, dua daripadanya parah, dalam satu letupan di sebuah pos PBB di selatan Lubnan, menurut Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap UNIFIL Candice Ardell dalam satu kenyataan menyatakan bahawa letupan di dalam sebuah pos PBB pada petang Jumaat berhampiran kawasan Adaisseh mengakibatkan tiga anggota pengaman cedera, dua daripadanya parah.
Beliau menambah semua anggota yang cedera sedang dibawa ke hospital, sambil memaklumkan bahawa punca letupan itu masih “tidak diketahui.”
Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan bahawa anggota pengaman yang cedera itu adalah daripada kontinjen Indonesia yang berkhidmat di bawah misi pengaman UNIFIL.
Ardell berkata minggu ini merupakan tempoh yang “sukar” bagi anggota pengaman yang beroperasi berhampiran sektor tengah kawasan operasi UNIFIL, sambil mendoakan mereka yang cedera segera pulih sepenuhnya.
Beliau turut mengingatkan semua pihak mengenai kewajipan mereka untuk memastikan keselamatan anggota pengaman, termasuk mengelakkan aktiviti pertempuran berhampiran yang boleh membahayakan mereka.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#UNIFIL
#lubnan
#Indonesia
#pengaman
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan