awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beradik sanding serentak

Bernama
Bernama
15/05/2022
15:08 MYT
Tiga beradik sanding serentak
Tiga beradik termasuk pasangan kembar sepakat memilih tarikh sama hari ini untuk melangsungkan persandingan di sebuah dewan. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Tiga beradik termasuk pasangan kembar sepakat memilih tarikh sama hari ini untuk melangsungkan persandingan di sebuah dewan di sini.
Mereka ialah Intan Sofienaz Ahmad Fuad, 32 dan pasangannya Mohd Firdaus Mazlan, 40; Muhammad Nabiel Ahmad Fuad, 28 dan pasangan Anis Shahira Azmi, 32 serta Muhammad Najieb Ahmad Fuad, 28 bersama Ismawita Isrul, 28.
Kesemua anak dan menantu kepada bekas Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Ahmad Fuad Yahya dan isteri Cik Rashidah Abd Ghani melangsungkan perkahwinan sejak beberapa bulan lepas namun hanya berkesempatan untuk mengadakan majlis itu apabila keadaan COVID-19 reda.
Ahmad Fuad ketika ditemui melahirkan kesyukuran setelah majlis perkahwinan yang dirancang selama ini berjalan lancar walaupun tertangguh seketika dengan dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.
"Sebelum ini majlis ini dijadual pada 27 Mac tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana kes COVID-19 yang meningkat dan kesemua pasangan juga dijangkiti wabak itu. Majlis ini juga menjadi majlis kesyukuran selepas keluarga ini berjaya melalui ujian COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#persandingan
#Malaysia
#perkahwinan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan