awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan

Tiga buku yang mengelirukan Islam diharamkan

Bernama
Bernama
18/09/2015
13:18 MYT
Tiga buku yang mengelirukan Islam diharamkan
Hashimah berkata mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Gambar Fail
Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan tiga judul buku berunsur Islam kerana didapati mempunyai isi kandungan yang mengelirukan dan mungkin memudaratkan orang awam.
Buku berkenaan ialah 'Perukonan Romanise', 'Siri Pahlawan Islam Bilal Bin Rabah' dan 'Hadith Pilihan Shahih Bukhari'.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Hashimah Nik Jaafar, berkata perintah larangan berkuat kuasa semalam mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 akta tersebut mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki buku-buku tersebut bagi apa jua maksud, kataanya dalam satu kenyataan.
'Perukonan Romanise' berbahasa Melayu adalah susunan Norain H. Muhammmad dan diterbitkan H. Hashim H. Abdullah.
'Siri Pahlawan Islam Bilal Bin Rabah' susunan Mohamad Fadhil Umar diterbit Buku Prima Sdn. Bhd., dan dicetak Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd., dalam bahasa Melayu.
'Hadith Pilihan Shahih Bukhari' dalam bahasa Indonesia diterjemah Ust Labib MZ dan diterbit Bintang Usaha Jaya Surabaya.
Hashimah berkata mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#Hadith Pilih Shahih Bukhari
#Kementerian Dalam Negeri
#Perukonan Romanise
#Siri Pahlawan Islam Bilal Bin Rabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.