awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga buruh ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Marang

Bernama
Bernama
15/01/2014
23:22 MYT
Tiga buruh ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Marang
Gambar Fail
Tiga buruh diberkas hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan bunuh melibatkan seorang ibu tunggal di Marang pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata bertindak atas maklumat, dalam serbuan pertama pihaknya berjaya menahan dua lelaki yang berusia 25 dan 30 tahun berhampiran rumah mangsa kira-kira pukul 4.30 petang Selasa.
Katanya hasil siasatan lanjut, pihak polis seterusnya menemui pakaian lelaki yang dibuang di tempat pembuangan sampah di surau berhampiran kediaman mangsa.
"Ekoran daripada penemuan itu, kita berjaya memberkas seorang lagi buruh yang berasal dari Kampung Pengkalan Berangan dan dipercayai pakaian berkenaan milik suspek.
"Malah hasil ujian saringan air kencing juga kita dapati mangsa yang berusia 35 tahun ini positif dadah jenis heroin namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Pada Selasa seorang ibu tunggal yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya ditemui mati dengan kesan jerutan getah paip pada leher di rumahnya di Kampung Baru Sungai Kerak, Marang.
Mayat Tengku Enong Tengku Muda, 68, ditemui kira-kira pukul 2 petang di dalam bilik air oleh jiran mangsa selepas seharian tidak melihat kelibat mangsa.
Mangsa dipercayai telah meninggal dunia di antara 12 hingga 36 jam ketika ditemui oleh jirannya itu.
Manoharan berkata hasil laporan bedah siasat pihaknya mendapati mangsa yang tinggal sendirian itu mati akibat lemas dijerut pada bahagian leher.
Barang kemas serta telefon bimbit mangsa turut hilang.
Beliau berkata hasil siasatan juga pihaknya menemui tali kasut pada leher mangsa selain getah paip yang digunakan bagi membunuh mangsa.
Topic Berkaitan
#bunuh
#ibu tunggal
#K.Manoharan
#Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan