awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kru kapal Indonesia diselamatkan selepas insiden di Laut Arab, proses bawa pulang diuruskan

Bernama
Bernama
11/04/2026
16:15 MYT
Tiga kru kapal Indonesia diselamatkan selepas insiden di Laut Arab, proses bawa pulang diuruskan
Tentera Laut Pakistan menjalankan operasi menyelamat atas dasar kemanusiaan pada 8 April dan berjaya memindahkan kru kapal, termasuk tiga warga Indonesia yang terlibat. - Facebook Pakistan High Commission in Bangladesh
Tiga kru kapal warga Indonesia berjaya diselamatkan dan kini sedang dibantu untuk dibawa pulang ke tanah air selepas terselamat dalam satu insiden melibatkan kerosakan kapal dagang MV Gold Autumn di Laut Arab, awal minggu ini.
Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Karachi memaklumkan bahawa pihaknya telah menyediakan bantuan dan perlindungan kepada kru terbabit susulan insiden pada 7 April itu, yang berlaku kira-kira 200 batu nautika dari luar pesisir Pakistan sehingga menyebabkan kerosakan besar pada kapal berkenaan.
KJRI Karachi segera mengambil langkah tindak balas selepas menerima maklumat awal dan melakukan penyelarasan dengan Kedutaan Indonesia di Islamabad serta pihak berkuasa tempatan.
"KJRI Karachi segera melakukan proses pengambilan kru terlibat dan memberikan bantuan konsular, termasuk urusan dokumen perjalanan kecemasan," menurut satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut KJRI Karachi, kapal yang mengibarkan bendera Panama dan dikendalikan oleh sebuah syarikat dari China itu dalam perjalanan dari Shanghai ke Oman ketika kejadian berlaku, sambil menambah bahawa punca letupan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Susulan insiden itu, Tentera Laut Pakistan menjalankan operasi menyelamat atas dasar kemanusiaan pada 8 April dan berjaya memindahkan kru kapal, termasuk tiga warga Indonesia berkenaan.
"Mereka telah menjalani pemeriksaan perubatan dan rawatan awal sebelum tiba di Pelabuhan Karachi pada 9 April pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan," menurut kenyataan itu.
KJRI Karachi memaklumkan pihaknya sedang meneruskan penyelarasan dengan pihak-pihak berkaitan bagi memudahkan kepulangan kru berkenaan ke Indonesia.
Konsulat itu juga menyatakan akan terus memantau perkembangan dan mengekalkan kerjasama erat dengan Kedutaan Indonesia di Islamabad serta pihak berkuasa Pakistan bagi memastikan proses berkenaan berjalan dengan selamat dan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal dagang rosak
#MV Gold Autumn
#Laut Arab
#kru kapal warga Indonesia
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan