awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki ditahan rendam anak anjing di Shah Alam
Kebakaran kilang penapisan Australia jejas pengeluaran petrol di tengah gangguan bekalan Asia Barat
Konflik Asia Barat: Araghchi beri amaran ‘akibat berbahaya’ provokasi AS di Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki terlibat insiden pergaduhan direman 2 hari

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/10/2021
21:35 MYT
Tiga lelaki terlibat insiden pergaduhan direman 2 hari
Insiden pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat Bukit Bintang yang tular sejak semalam. -Video tular
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki direman selama dua hari selepas dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat Bukit Bintang, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua suspek berumur antara 32 hingga 52 tahun itu ditahan selepas video pergaduhan itu tular di media sosial.
"Insiden berkenaan tular menerusi dua video berdurasi 37 saat dan 27 saat yang dimuat naik di laman sosial Twitter.
"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Noor Dellhan Yahaya mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video tersebut yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.
Dalam masa sama, pihanya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#Jalan Changkat Bukit Bintang
#Noor Dellhan Yahaya
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan