awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Serangan Israel di Semenanjung Gaza ragut nyawa 21,000 kanak-kanak Palestin, 44,000 cedera
Kemudahan Internet dan fasiliti NADI boleh digunakan untuk BDR - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan di Sri Aman

Bernama
Bernama
20/03/2026
04:58 MYT
Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan di Sri Aman
Tiga mangsa yang menaiki Proton X70, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun serta dua wanita masing-masing berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto JBPM Sarawak
Tiga maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Kampung Selepong Jinggau, Sri Aman, kira-kira 8.30 pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan, iaitu Proton X70 dan Perodua Alza yang terbakar 100 peratus.
“Tiga mangsa yang menaiki Proton X70, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun serta dua wanita masing-masing berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
“Dua lagi penumpang kenderaan sama, kanak-kanak lelaki berusia enam dan empat tahun, mengalami kecederaan pada bahagian kepala, dan telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut. Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut JBPM Sarawak.
Sementara itu, tiga mangsa menaiki Perodua Alza yang terdiri daripada seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki, hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#maut
#Sri Aman
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan