awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan plastik, pembungkusan lebih kritikal berbanding minyak - Pakar
Rusia harap usaha diplomatik berhubung Iran diteruskan - Lavrov
Subsidi bahan api cecah RM200 juta sehari, beban negara semakin berat

Tiga negara desak EU bahas agenda hentikan perjanjian dengan Israel

Agensi
Agensi
21/04/2026
12:03 MYT
Tiga negara desak EU bahas agenda hentikan perjanjian dengan Israel
Setiap negara Eropah harus menjunjung prinsip Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai undang-undang antarabangsa terhadap hak asasi manusia, ujar Jose Manuel. Gambar Reuters.
Sepanyol, Slovenia dan Ireland mendesak Kesatuan Eropah (EU) meletakkan agenda menghentikan perjanjian dengan Israel dalam agenda perbahasan hari ini.
Dalam kenyataan bersama, negara tersebut berpendapat, blok EU tidak boleh meminggirkan diri susulan keganasan rejim Zionis di Gaza, Tebing Barat dan Lubnan kian memuncak.
Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares berkata perbahasan tersebut mengenai penggantungan Perjanjian Persatuan antara Kesatuan Eropah dan Israel, berdasarkan Artikel 2.
“Artikel tersebut menyatakan bahawa EU hanya boleh menjalinkan hubungan dengan Israel atas dasar menghormati hak asasi manusia,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri mesyuarat menteri luar EU di sini hari ini.
Jose turut berharap setiap negara Eropah untuk menjunjung prinsip Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai undang-undang antarabangsa terhadap hak asasi manusia.
Pada 20 Mei 2025, Wakil Tertinggi EU, merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas telah mengumumkan semakan terhadap Artikel 2 dalam Perjanjian Persatuan EU–Israel.
Semakan itu bertujuan menilai tahap pematuhan Israel terhadap prinsip hak asasi manusia dan demokrasi, iaitu elemen teras dalam perjanjian yang telah berkuat kuasa lebih dua dekad tersebut.
Menurutnya, pelanggaran klausa tersebut oleh mana-mana pihak membolehkan pihak satu lagi mengambil langkah bersesuaian, termasuk akhirnya menggantung perjanjian.
Sejak tahun 2000, EU telah menggunakan klausa hak asasi manusia sebanyak 17 kali di bawah Perjanjian Cotonou dengan negara-negara Afrika, Caribbean dan Pasifik, namun klausa tersebut belum pernah dilaksanakan terhadap Israel.
Pada 2024, Israel merupakan rakan dagang ke-31 terbesar Kesatuan Eropah (EU), menyumbang hampir 0.8 peratus daripada keseluruhan perdagangan barangan EU dengan dunia.
Jumlah perdagangan barangan antara kedua-dua pihak pula mencecah €42.6 bilion, dengan EU mengeksport €26.7 bilion ke Israel dan mengimport €15.9 bilion, bersamaan kira-kira sekitar RM215 bilion secara keseluruhan.
Topic Berkaitan
#EU
#eropah
#Israel Adesanya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.