awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga remaja lemas: Mangsa pertama ditemui

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/02/2024
02:15 MYT
Tiga remaja lemas: Mangsa pertama ditemui
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada jam 8 pagi dengan menambah dua lagi bot menjadikan lima di samping bantuan Unit K-9.
MANJUNG: Mayat mangsa pertama daripada tiga remaja yang dikhuatiri hilang di Sungai Sempit Kampung Tanjung Batu Segari, Pantai Remis, Perak pada petang Isnin ditemui pagi Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa, Chew Darumaraj, 14, ditemui pada pukul 9.05 pagi, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan dua lagi mangsa, G. Sarath dan T. Eishwarpillai, kedua-duanya berumur 16 tahun, diteruskan pagi ini.
Katanya, operasi bermula pada jam 8 pagi dengan menambah dua lagi bot menjadikan lima di samping bantuan Unit K-9.
Skop pencarian melibatkan empat buah bot digerakkan kedua-dua arah sungai dan sebuah lagi berhampiran muka muara bagi memastikan mangsa tidak hanyut masuk ke laut.
Sayani berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) akan membuat size up dan pemantauan di lokasi dan sekitar mangsa tenggelam.
Selain bomba, agensi lain seperti Polis Diraja Malaysis, Angkatan Pertahanan Awam dan Persatuan Nelayan Batu 3 Segari akan turut digerakkan secara bersepadu.
Dalam kejadian petang Isnin, tiga rakan itu hilang ketika dikatakan sedang memancing dan mandi-manda di Sungai Sempit.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, cubaan menyelamatkan seorang rakan yang lemas dipercayai menjadi punca ketiga-tiga remaja tersebut hilang di sungai.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 3.37 petang mengenai kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#tiga remaja lemas
#mangsa pertama
#Sungai Sempit
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan