awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat

Bernama
Bernama
19/05/2022
22:50 MYT
Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kerana menjaja jeruk dan buah-buahan di persimpangan lampu isyarat laluan utama di sekitar kawasan Bandar Baru Uda pada Khamis.
JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kerana menjaja jeruk dan buah-buahan di persimpangan lampu isyarat laluan utama di sekitar kawasan Bandar Baru Uda, di sini, pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Supt M.Kumarasan berkata mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.
"Berdasarkan siasatan, mereka bukan sahaja menyimpan barangan jualan di dalam longkang kawasan berkenaan, malah dipercayai menyimpan di belakang kedai haiwan peliharaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut merampas 12 kotak putih mengandungi 50 balang berisi jeruk mangga dan jambu.
"Tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen serta Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (166/59)," katanya.
Menurut Kumarasan, berdasarkan statistik dan data yang diperoleh, segelintir penjaja masih tegar dan berani menjalankan aktiviti perniagaan walaupun polis kerap menjalankan operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tiga lelaki warga Indonesia ditahan
#menjaja jeruk dan buah-buahan
#persimpangan lampu isyarat
#Bandar Baru Uda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan