awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan susulan kerajaan berhubung Pulau Batu Puteh antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
01/12/2025
01:30 MYT
Tindakan susulan kerajaan berhubung Pulau Batu Puteh antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Hari ini, tiga rang undang-undang akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama iaitu RUU Antibuli 2025, RUU Imigresen (Pindaan) 2025 dan RUU Pasport (Pindaan) 2025. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perancangan dan tindakan susulan kerajaan berhubung Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Manndzri Nasib (BN-Tenggara) bertanyakan Menteri Luar mengenai perkara itu serta langkah diplomatik, undang-undang dan rundingan dua hala dengan Singapura bagi memastikan kedaulatan serta kepentingan maritim negara terus terpelihara pada sesi soal jawab lisan pada sidang yang bermula 10 pagi.
Pada sesi sama, Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) meminta Perdana Menteri menyatakan kesan sosial daripada pembangunan pesat dan urbanisasi di Wilayah Persekutuan terhadap masyarakat setempat terutamanya dalam aspek persaingan sosial dan peningkatan kos sara hidup.
Tan Kar Hing (PH-Gopeng) pula mengajukan soalan kepada Menteri Pendidikan Tinggi mengenai jumlah serta kadar bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut pendapatan bulanan peminjam.
Sementara itu, tiga rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama iaitu RUU Antibuli 2025, RUU Imigresen (Pindaan) 2025 dan RUU Pasport (Pindaan) 2025.
Mesyuarat Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#Dewan Rakyat
#Batu Puteh
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan