awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas buat anggota, pegawai PDRM cemar imej di 'Tik Tok' - Timbalan KPN

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
05/12/2021
12:40 MYT
Tindakan tegas buat anggota, pegawai PDRM cemar imej di 'Tik Tok' - Timbalan KPN
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan seperti itu tidak sesuai dan hanya mencemarkan imej pasukan. - Foto BERNAMA
MARANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan aksi keterlaluan di platform media sosial.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan seperti itu tidak sesuai dan hanya mencemarkan imej pasukan.
Katanya, jika pihaknya mengesan ada yang melakukan sedemikian, siasatan lanjut akan dilakukan sebelum tindakan tindakan sewajarnya diambil.
“Kalau adanya anggota atau pegawai yang berpakaian lucah masuk dalam Tik Tok contohnya, kita akan ambil siasat dan juga mengambil tindakan sewajarnya,” kata Mazlan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan jenis Toyota Hilux GS Cargo PDRM Kontinjen Terengganu di Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 6 Wakaf Tapai di sini, pada Ahad.
Tegas Mazlan, selain dilarang membuat aksi melampau di media sosial, PDRM turut mengingatkan pegawai dan anggotanya agar tidak mengeluarkan apa-apa komen yang jelek kepada kerajaan atau pasukan beruniform itu.
Katanya, mereka ini mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan apa-apa maklumat atau yang tidak berpuas hati iaitu melalui persatuan.
Pada Disember 2020, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah menyarankan kepada pegawai dan anggota PDRM untuk tidak bermain aplikasi media sosial, Tik Tok ketika sedang bertugas kerana ia tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan.
Katanya, perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak ‘manis’ dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform kerana perbuatan itu seolah-olah mengaibkan pakaian seragam PDRM.
Topic Berkaitan
#Tik Tok
#Polis Diraja Malaysia
#PDRM
#Mazlan Lazim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan