awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
Bharatanatyam: Antara seni dan saintifik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas terhadap penyedia media sosial gagal patuhi peraturan - MCMC

Bernama
Bernama
13/06/2025
10:25 MYT
Tindakan tegas terhadap penyedia media sosial gagal patuhi peraturan - MCMC
MCMC telah mengenal pasti beberapa saluran dalam talian yang dilapor menyebarkan maklumat palsu, kandungan jelik melampau serta unsur berbaur ancaman. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus mengambil tindakan tegas termasuk langkah perundangan terhadap mana-mana penyedia media sosial yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
Menurut MCMC dalam kenyataan hari ini peringatan itu dikeluarkan susulan tahap pematuhan dalam kalangan penyedia platform masih berada pada tahap tidak memuaskan meskipun usaha berterusan telah dilakukan termasuk sesi rundingan.
Menurut suruhanjaya itu langkah tersebut penting bagi memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, berintegriti dan mematuhi kerangka perundangan sedia ada.
"MCMC telah mengenal pasti beberapa saluran dalam talian yang dilapor menyebarkan maklumat palsu, kandungan jelik melampau serta unsur berbaur ancaman.
"Kandungan-kandungan yang diterbitkan bukan sahaja mengelirukan orang awam, bahkan boleh melemahkan kepercayaan orang awam terhadap institusi awam sekali gus berpotensi menggugat ketenteraman awam," menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC pihaknya kekal komited dalam usaha melindungi orang awam daripada ancaman kandungan berbahaya bagi memastikan internet menjadi ruang yang selamat, beretika dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#penyedia media sosial
#Peraturan
#MCMC
#maklumat palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan